Deepika dan Ranveer kini suami isteri


Deepika dan Ranveer, yang bergandingan dalam filem Ram-Leela, Bajirao Mastani dan Padmaavat, turut berkongsi gambar perkahwinan di media sosial pada Khamis. – Gambar AFP, 16 November, 2018.

BINTANG Bollywood Deepika Padukone dan pasangannya Ranveer Singh kini menjadi suami isteri dalam dua upacara perkahwinan mengikut tradisi masyarakat India.

Majlis tertutup itu berlangsung pada 14 dan 15 November, di sebuah lokasi menghadap ke Tasik Como di Itali dengan dihadiri beberapa tetamu khas.

Ia diadakan mengikut adat Konkani dan Anand Karaj seperti tradisi kaum Sikh, lapor media tempatan.

Deepika dan Ranveer, yang bergandingan dalam filem Ram-Leela, Bajirao Mastani dan Padmaavat, turut berkongsi gambar perkahwinan di media sosial pada Khamis.

Menurut Indian Express, pasangan baharu berkahwin itu, merancang mengadakan majlis resepsi di kampung Deepika di Bengaluru pada 21 November dan di Mumbai pada 28 November. – Bernama, 16 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen