MENTERI Pertahanan Australia Christopher Pyne mengumumkan negara itu akan membeli dron lebih canggih dari Amerika Syarikat (AS).
Pyne dan Menteri Industri Pertahanan Steven Ciobo mengumumkan pada Jumaat, dron jenis MQ-9 ‘Reaper General Atomics’ dipilih model paling sesuai dengan kriteria Australia.
Menurut agensi berita Xinhua, peralatan itu akan digunakan Angkatan Pertahanan Australia untuk melindungi tentera Australia bermula pertengahan tahun 2020.
MQ-9 Reaper mempunyai keupayaan bertahan di udara selama 27 jam pada ketinggian tujuh kilometer.
Pyne dan Ciobo tidak mendedahkan kos yang diperuntukkan, namun berdasarkan Media Fairfax pada Jumaat setiap dron membabitkan perbelanjaan AU$23 juta. – Bernama, 16 November, 2018.
Komen