Rakyat Malaysia tidak tahu Perlembagaan, kata hakim kanan


Jason Santos Bede Hong

SISTEM pendidikan Malaysia gagal mendidik rakyat mengenai sejarah pembentukan Perlembagaan sehingga tidak faham mengenai konsep pemisahan kuasa, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak, David Wong Dak Wah.

Beliau berkata Perlembagaan meletakkan kerangka bagi pemisahan kuasa antara tiga cabang kerajaan.

“Kami tak suka politik tetapi fakta tetap fakta: Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia,” kata beliau pada majlis dialog undang-undang yang disertai oleh perkhidmatan awam, ahli-ahli Parlimen dan Adun Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

“Kami tak dapat mengelak. Ini adalah fakta malah menjadi tanggungjawab semua orang untuk memastikan orang ramai tahu,” kata Wong, 65, yang berasal dari Sabah.

Hakim besar itu berucap menggantikan Ketua Hakim Negara Richard Malanjum yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

Kurangnya pendidikan di sekolah bandar dan luar bandar menyebabkan rakyat Malaysia tidak tahu mengenai Perlembagaan dan tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, badan perundangan dan cadan kehakiman, katanya.

“Kurang pengetahuan. Saya ada seorang kawan seorang akuantan bertauliah. Dia pernah beritahu saya ‘awak akan jadi hakim, jadi saya rasa awak dapat arahan dari eksekutif’.

“Rakyat sepatutnya tahu yang tiga cabang ini bebas. Badan kehakiman tidak terima arahan dari sesiapa. Kami hanya laksana undang-undang. Ini bukan benda baru. Ini diamalkan di England dan Australia.

“Apabila orang buat penilaian atau kiritikan, mereka harus buat melalui cara konstruktif, bukan dengan cara mereka tidak tahu tentang pemisahan kuasa.”

Persidangan itu melibatkan siri taklimat dari pegawai jabatan kerajaan dan badan kehaikam untuk ahli Parlimen. – 16 November, 2018.

Berita penuh di sini.           


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen