SEORANG hakim telah ditahan pada Khamis berhubung dakwaan rasuah di negeri Telangana yang terletak di selatan India, lapor agensi berita China Xinhua.
Beliau didapati memiliki aset yang tidak seimbang dengan sumber pendapatannya yang diketahui umum, lapor media tempatan.
Dikenal pasti sebagai V. Vara Prasad, hakim itu dihadapkan ke mahkamah sama beliau dihantar bertugas sebagai “Majistret Tambahan” di daerah Ranga Reddy.
Beliau kemudian ditahan selama 14 hari.
Satu siri serbuan telah dilakukan oleh biro pencegahan rasuah negeri di kediaman beliau serta beberapa lokasi lain, lapor media memetik kenyataan pegawai.
Menurut laporan itu, Prasad merupakan hakim kelima yang akan ditahan berhubung dakwaan rasuah di negeri Telangana tahun ini. – Bernama, 15 November, 2018.
Komen