Setiausaha Brexit Britain letak jawatan


United Kingdom dan Kesatuan Eropah akan memeterai perjanjian selepas mengadakan beberapa rundingan secara mendalam selama berbulan-bulan berhubung isu Britain mahu keluar dari Kesatuan Eropah. – Gambar fail AFP, 15 November, 2018.

SETIAUSAHA Brexit Britain, Dominic Raab, meletak jawatan pada Khamis dengan alasan bahawa beliau tidak dapat menyokong draf perjanjian Brexit antara London dan Brussels.

“Hari ini saya telah meletak jawatan sebagai Setiausaha Brexit,” kata Raab dalam mesej Twitternya. 

“Saya tidak dapat memberikan sokongan ikhlas terhadap syarat-syarat yang dicadangkan bagi perjanjian kita dengan EU (Kesatuan Eropah).”

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Perdana Menteri Theresa May dijadualkan berucap di Parlimen Britian untuk melobi draf baharu perjanjian itu, yang akan dimeterai pada Selasa depan antara United Kingdom dan Kesatuan Eropah selepas mengadakan beberapa rundingan secara mendalam selama berbulan-bulan.

Raab turut menghantar surat kepada May bagi menjelaskan dua alasan beliau berhubung peletakan jawatan itu. – Bernama, 15 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen