PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyifatkan siasatan berhubung kes campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden itu, sebagai memalukan negara.
Trump berkata demikian seminggu selepas beliau memecat peguam negara, sekali gus membangkitkan persoalan tentang siasatan kes tersebut.
“Mereka gagal menemukan sebarang keraguan dan menjadi tidak keruan. Mereka menjerit dan mengancam orang lain supaya mendapat jawapan yang mereka mahukan,” kata Trump menerusi laman sosial Twitter.
“Mereka memalukan negara kita dan tidak kisah tentang kehidupan orang lain yang terjejas.”
Trump sering menyelar siasatan yang diketuai peguam khas Robert Mueller ke atas dakwaan campur tangan Rusia pada pilihan raya presiden 2016.
Namun siasatan itu berdepan tugas sukar susulan pelantikan Matthew Whitaker sebagai pemangku peguam negara bagi menggantikan Jeff Sessions yang dipecat Trump.
Whitaker merupakan pengkritik terhadap siasatan tersebut. – AFP, 15 November, 2018.
Komen