4 polis Israel cedera diserang lelaki bersenjatakan pisau


Empat pegawai polis sempadan Israel cedera diserang lelaki bersenjatakan pisau. – Gambar EPA, 15 November, 2018.

SEORANG lelaki bersenjatakan pisau masuk ke dalam pangkalan polis sempadan Israel di timur Baitulmaqdis lalu mencetus pergelutan dan mengakibatkan empat pegawai cedera, kata polis pada Khamis.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata pergelutan dalam kejadian yang berlaku pada Rabu itu turut menyebabkan penyerang berkenaan cedera parah.

Penyerang yang tidak dikenal pasti itu memanjat pagar di sekitar pangkalan antara Jabel Mukabar dan daerah Armon Hanatziv.

Rosenfeld tidak mengesahkan laporan media bahawa seorang pegawai cedera akibat tembakan yang lepaskan ke arah penyerang tersebut.

Pada 2015 banyak kejadian serangan tikam dilakukan oleh penyerang Palestin terhadap orang Israel tetapi kini semakin berkurangan. – AFP, 15 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen