Bagaimana Mindef beli aset dengan bajet dikurangkan, soal Hishammuddin


Asila Jalil

Bekas menteri pertahanan Hishamuddin Hussein mengkritik pengantinya Mohamad Sabu berhubung hasrat kementerian untuk membeli lebih banyak aset.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2018

BEKAS menteri pertahanan Hishamuddin Hussein hari ini mengkritik penggantinya, Mohamad Sabu, kerana rancangan perbelanjaan melebihi bajet yang diperuntukkan kepada kementerian.

Beliau mempersoalkan bagaimana kementerian berkenaan mampu membeli aset sebagaimana yang dihasratkan, seperti pesawat rondaan maritim, sekiranya peruntukan dipotong sebanyak RM2 bilion.

“Jika kita tidak mampu untuk beli aset demikian sebelum ini, bagaimana beliau mahu yakinkan masyarakat yang beliau boleh dapatkan aset itu dengan bajet yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini,” kata Hishammuddin kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Peruntukan persekutuan untuk Kementerian Pertahanan di bawah Bajet 2019 dicadangkan pada RM13.9 bilion, yang mana lebih rendah berbanding peruntukan tahun lalu RM15.4 bilion. – 15 November, 2018

MENYUSUL LAGI 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen