Bumiputera tidak perlu takut undang-undang anti diskriminasi


Noel Achariam

Presiden Hakam, Ambiga Sreenevasa berkata banyak pihak salah faham mengenai ratifikasi ICERD kerana jahil mengenaan Perlembagaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2018.

GOLONGAN Bumiputera tidak perlu takut dengan tindakan Malaysia meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana ia tidak akan menjejaskan hak mereka, kata kumpulan masyarakat sivil.

Mereka berkata banyak pihak salah faham mengenai ratifikasi ICERD dan kebimbangan itu timbul daripada kejahilan terhadap Perlembagaan persekutuan.

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Ambiga Sreenevasan berkata dokumen itu jelas menunjukkan ia bertujuan untuk mewujudkan prinsip asas bahawa semua manusia adalah sama dan sebarang doktrin kedudukan lebih tinggi berdasarkan perbezaan perkauman tidak boleh diterima.

“Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan kita selaras dengan ini. Malah, konvensyen mengutuk penjajahan dan semua amalan pemisahan dan diskriminasi yang berkaitan dengannya, “kata Ambiga.

Beliau berkata dokumen itu mendukung martabat manusia dan bersesuaian dengan tujuan Perkara 153.

“Sebagai rakyat Malaysia, yang tertakluk kepada kolonialisme pada masa lalu, kita sepatutnya sangat ingin meratifikasikan dokumen ini.

“Oleh itu, adalah salah mengatakan konvensyen itu melanggar Perlembagaan persekutuan.”

Ambiga menambah konvensyen itu mengiktiraf terdapat langkah khas mungkin diambil bagi tujuan menjamin golongan kaum atau etnik tertentu, yang memerlukan perlindungan “diperlukan” untuk memastikan manfaat atau pelaksanaan hak asasi manusia yang adil.

“Ini sebenarnya menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh Perkara 153 daripada perlembagaan kita. Perkara 153 menyatakan Yang di-Pertuan Agong akan menjalankan fungsinya ‘sebagaimana perlu’ untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan penduduk Sabah dan Sarawak.

“Konvensyen itu juga menyatakan langkah-langkah khas tidak boleh membawa kepada pengekalan hak berasingan bagi kumpulan kaum yang berbeza dan ia tidak akan diteruskan setelah objektif diambil dicapai.”

Ambiga berkata ini tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan sebagaimana Perkara 153 menyatakan, menjaga kedudukan istimewa di dalamnya.

“Konvensyen ini hanya akan bercanggah dengan Perlembagaan persekutuan jika ia meletakkan tempat orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak di atas komuniti lain dan memberikan mereka tuntutan lebih besar untuk menikmati hak asasi manusia berbanding etnik lain.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub pula berkata partinya menentang ICERD kerana terma perjanjian itu melanggar Perlembagaan persekutuan.

“Apa-apa yang bertentangan dengan perlembagaan dan budaya negara kita tidak boleh terima, kita ada sistem kita sendiri dan kita ada sikap kita sendiri. Apa terkandung dalam perlembagaan akan kita pertahankan.

““Buat masa ini saya rasa majoriti tidak boleh meratifikasi perkara itu (ICERD) dan ada perkara kita perlu lihat secara teliti. Kita harus pertahan apa yang kita rasakan perlu untuk negara,” kata Salahuddin.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata partinya menentang ICERD dan menegaskan ia bertentangan dengan Perlembagaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2018.

Penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran berkata isu ICERD timbul daripada kejahilan mengenai Perlembagaan persekutuan.

“Mereka (Amanah) berkata ICERD melanggar Perlembagaan kita, tetapi tidak jelas langsung dalam kenyataan mereka dan tidak dapat menjelaskannya bagaimana.

“Polemik putar belit dan kosong oleh Barisan Nasional dan Umno kini diambil oleh Amanah kerana takut akan ada implikasi politik daripada ratifikasi ICERD.

“ICERD adalah untuk menghapuskan perkauman, tidak masuk akal untuk takut,” katanya.

Presiden Bersama Centre For A Better Tomorrow, Gan Ping Sieu mengatakan Perkara 153 Perlembagaan persekutuan, walaupun disebut dalam istilah Bumiputera dan nampaknya bersifat diskriminatif, lebih merupakan “tindakan afirmatif”.

Beliau berkata artikel itu adalah untuk menangani kekurangan Bumiputera yang mungkin menderita.

“Perkara 153 adalah ‘berasaskan keperluan’ dalam konteks sejarah yang tepat. Malangnya, artikel itu benar-benar disalahfahami menjadi sebagai “hak khas” berbanding “keistimewaan” yang diberikan kepada Bumiputera.

“Apabila kita membaca Artikel 153 dalam konteks sejarahnya yang sebenar adalah sebagai tindakan afirmatif, walaupun ia dungkapkan dalam istilah masyarakat etnik, ia tidak menjejaskan Perkara 8, peruntukan kesamaan Perlembagaan Persekutuan, apalagi ICERD,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada 26 Oktober, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waythamoorthy berkata Malaysia akan meratifikasikan ICERD dan lima tiriti lain mengenai hak asasi manusia seawal suku pertama tahun depan.

Bagaimanapun, pada 31 Oktober, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kemudian dilapor berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum dan masing-masing dengan kepentingan tertentu. – 15 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen