Suhakam adakan pertemuan tertutup dengan polis, keluarga Pastor Koh


Noel Achariam

Siasatan Suhakam adalah bagi menentukan sama ada kehilangan Koh, pengasas Perlis Hope Amri Che Mat, dan juga pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Sitepu, merupakan kes kehilangan paksa oleh pihak berkuasa negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2018

SIASATAN awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh bersambung hari ini. 

Dijangka akan ada pengurusan kes bagi siasatan berkenaan. 

Tiada saksi dipanggil untuk siasatan hari ini berikutan saksi terakhir yang sepatutnya hadir, bekas pesuruhjaya cawangan khas Awaluddin Jadid masih di hospital.

Bulan lalu, siasatan mendengar yang polis mungkin meletakkan bukti di rumah suspek yang mati di Pengkalan Hulu, Perak. 

Peguam keluarga Koh, Jerald Gomez berkata, berdasarkan keterangan bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar sebeum ini, polis menemui gambar Koh, rumahnya, kenderaan dan nombor pendaftaran kereta Koh di rumah suspek.

Bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suhakam pada Oktober lalu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2018

Beliau berkata, ketika Khalid disoal, katanya bukan sahaja gambar yang ditemui tetapi juga nombor pendaftaran fizikal kenderaan Koh (ST5515).

“Namun dalam pendengaran, kami mendengar tiada nombor pendaftaran dalam senarai pencarian polis.”

Pada 17 Jun tahun lalu, suspek penyeludup dadah dan pemerdagangan orang ditembak mati dekat Baling, Kedah. Polis turut menahan empat suspek terlibat. 

Siasatan lanjut membawa polis kepada rumah suspek yang mati, yang mana mereka menemui gambar Koh, kereta dan rumahnya. 

Siasatan Suhakam adalah bagi menentukan sama ada kehilangan Koh, pengasas Perlis Hope Amri Che Mat, dan juga pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Sitepu, merupakan kes kehilangan paksa oleh pihak berkuasa negeri. – 15 November, 2018

The Malaysian Insight membawakan secara langsung siasatan itu: 

11.20am: Pertemuan panel siasatan dengan peguam keluarga Koh, pemerhati polis dan pegawai Suhakam berakhir.

10.25am: Peguam keluarga Koh, pemerhati polis dan pegawai Suhakam hadir pada perbincangan dengan panel siasatan Suhakam. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen