NIKOLAS Cruz yang didakwa menembak mati 17 orang di sebuah sekolah tinggi Florida, berdepan tuduhan baru kerana didakwa menendang dan menyerang pengawa penjara dan merampas senjata renjat, menurut laporan penahanan.
Cruz, 20, ditahan sejurus selepas serangan di Parkland, utara Miami pada 14 Februari, yang merupakan salah satu kes tembakan di sekolah paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.
Dia kini menunggu perbicaraan dengan pendakwa raya menyatakan mereka akan cuba mendapatkan hukuman mati.
Tuduhan baru termasuk serangan dan penggunaan senjata terhadap pegawai penguat kuasa undang-undang.
Pergaduhan itu tercetus pada petang Selasa ketika pegawai berkenaan Sarjan Beltran meminta Cruz “tidak mengheret seliparnya” ketika berjalan di ruang harian penjara.
Cruz bagaimanapun bertindak balas dengan menunjukkan jari tengah, menurut laporan.
Ketika Beltran bangun untuk berdiri, Cruz meluru ke arahnya dan memukulnya, yang mana oergelutan itu menyebabkan pengawal berkenaan jatuh ke lantai.
Laporan itu juga menyebut rakaman menunjukkan Cruz menggunakkan tangan kanannya untuk menumbuk Beltran berkali-kali di kepala sebelum menarik senjata renjat daripada sarungnya.
Senjata itu “dapat dilihat dikeluarkan” ketika kedua orang itu bergelut untuk merebutnya, dengan Beltran akhirnya dapat mengawal keadaan.
Beltran kemudian memukul Cruz di bahagian muka, menyebabkan Cruz berundur ke salah satu kerusi di bilik berkenaan dan ditahan semula.
Cruz mencetuskan kemarahan dalam di seluruh negara itu berikutan serangan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas.
Rakaman yang diperoleh daripada telefon bimbitnya menunjukkan dia merakam rancangan serangan ke atas bekas sekolahnya, dan mengatakan matlamatnya adalah untuk membunuh sekurang-kurangnya 20 orang. – AFP, 15 November, 2018
Komen