Isu tanah jadi tumpuan kepada Ku Nan


Noel Achariam Bede Hong

Bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor akan didakwa di mahkamah hari ini berhubung penjualan tanah DBKL.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2018

ISU tanah yang sudah lama berlarutan menjejaskan penduduk Kuala Lumpur akhirnya membawa masalah kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dengan undang-undang, kata pemimpin kumpulan penduduk. 

“Kamu dan saya tahu isu melibatkan Adnan,” kata Pengerusi Rukun Tetangga Brickfields S.K.K Naidu. 

“Terdapat isu yang sudah lama berlarutan mengenai tanah Bukit Kiara, lot parking, peletakan papan tanda. Beliau bertemu penduduk dan mengatakan akan berbincang mengenai masalah itu, tetapi tiada apa yang berlaku.” 

“Bagi semua salah laku, tindakan perlu diambil. Mesti ada pengesahan untuk perkembangan ini. Beliau perlu jawab dengan undang-undang.”

Sebulan selepas pilihan raya 9 Mei, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu ibu pejabat  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan merampas dokumen berkaitan jualan 64 lot tanah DBKL bernilai RM4.28 bilion. 

Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng membuat laporan kepada suruhanjaya itu pada 16 Mei mendakwa DBKL menjual 64 lot tanah, melibatkan 171.7 hektar tanpa sebarang tender terbuka kepada Yayasan Wilayah Persekutuan antara 2013 dan tahun ini. 

Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng membuat laporan kepada SPRM pada 16 Mei lalu mendakwa DBKL menjual 64 lot tanah, melibatkan 171.7 hektar tanpa sebarang tender terbuka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2018

Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, kemudian didakwa meluluskan jualan itu. 

Selepas Pakatan Harapan mendapat kuasa, SPRM memulakan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan mengaitkan jualan tanah dan memanggil Adnan sebanyak 12 kali untuk disoal siasat. 

Beliau sekali lagi dipanggil semalam untuk kali ke 13, dan kali ini beliau ditahan. 

SPRM dalam satu kenyataan kemudian mengumumkan Adnan dan ahli perniagaan Tan Eng Boon akan didakwa hari ini berhubung penjualan tanah DBKL. 

Penasihat Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya M. Ali berkata, penduduk yang terjejas sudah membawa isu penjualan tanah itu kepada pihak majlis dan kerajaan sebelum ini. 

“Ia dibuat bagi kepentingan bandar,” katanya dan menambah penduduk kini akan menunggu hasil perbicaraan. 

“Setiap salah seroang daripada kami bertanggungjawab untuk tindakan kamu. Bagaimanapun, kamu perlu biarkan proses menjalankan peranannya. 

“Seseorang tidak boleh dihakimi sehingga dibuktikan bersalah di mata undang-undang.” – 15 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen