Pence selar Suu Kyi berhubung layanan Myanmar terhadap Rohingya


Aung San Suu Kyi mendapat tekanan bukan sahaja dari negara-negara Asia Tenggara, terkini beliau diselar pimpinan Amerika Syarikat. – Gambar AFP, 14 November, 2018.

TINDAKAN ganas yang menyebabkan 700,000 Muslim Rohingya keluar dari Myanmar ke Bangladesh adalah “tanpa alasan”, kata Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence kepada Aung San Suu Kyi dalam sebuah komen pada sidang kemuncak pada hari Rabu.

Reputasi Suu Kyi sebagai pembela hak asasi dimusnahkan oleh keengganannya untuk bercakap bagi puak Rohingya, sebuah kumpulan yang disisihkan di Myanmar yang mempunyai majoriti penduduk yang menganut agama Buddha.

Kenyataan Pence itu menambah dalam tekanan terhadap Suu Kyi, yang awal minggu ini dicabut penghormatannya oleh Amnesty International di samping mendapat kecaman daripada perdana menteri Malaysia pada pertemuan yang biasanya santai di kalangan di negara-negara Asia Tenggara di Singapura.

Duduk di sebelah Suu Kyi, Pence  yang turut menyertai sidang kemuncak mesyuarat dua hala mengutuk “keganasan dan penganiayaan” terhadap Rohingya dan menyifatkan tindakan ke atas puak itu dijalankan “tanpa alasan”.

Dalam selarannya secara bersemuka dengan pemimpin Myanmar itu, Pence berkata beliau “ingin mendengar tentang kemajuan” mengenai apa yang berlaku dan mahu pelaku keganasan terhadap Rohingya dihadapkan ke muka pengadilan.

Tindakan keras yang diketuai oleh tentera Myanmar tahun lalu mencetuskan penghijrahan minoriti Islam ke negara jiran Bangladesh, di samping terpaksa menanggung perlakuan ganas seperti rogol, pembunuhan dan kebakaran di kampung mereka.

Penyiasat PBB mengatakan tindakan tentera itu adalah satu perbuatan penghapusan etnik.

Pada hari Khamis lalu, rancangan yang lama ditangguhkan dan dikritik hebat  untuk menghantar pulang Rohingya telah dimulakan, walaupun amaran buruk dilaporkan terhadap mereka yang mungkin menghadapi risiko bahaya jika terpaksa kembali ke Myanmar. – AFP, 14 November, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen