Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM untuk soal siasat


Christopher Rabin

Proton Perdana yang dipercayai membawa siter bekas perdana itu dilihat memasuki ruang parkir bangunan ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 November, 2018

ROSMAH Mansor tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. 

Beliau tiba kira-kira pukul 11.40 pagi menaiki sebuah Proton Perdana warna hitam dan dipercayai memasuki bangunan berkenaan melalui pintu masuk tingkat bawah. 

Peguam Rosmah mengesahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Rosmah dan bekas pembantunya, Rizal Mansor dijangka akan berdepan pendakwaan baru penyalahgunaan dana awam meliatkan projek tenaga solar Sarawak untuk sekolah luar bandar. 

Kali terakhir isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu hadir ke SPRM adalah pada 3 Oktober lalu. 

Agensi pencegahan rasuah itu memanggil beliau untuk soal siasat berhubung pengubahan wang haram yang mana beliau kemudiannya ditahan dan didakwa di mahkamah pada hari berikutnya. 

Beliau sudah berdepan 17 pendakwaan penyelewengan dana melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 14 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen