BEKAS pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng akan dihantar pulang ke Amerika Syarikat untuk menghadapi pendakwaan 1MDB selepas tempoh perintah reman selama 60 hari yang diperoleh polis Malaysia tamat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Amar Singh Ishar Singh berkata, pegawainya mendapatkan perintah reman berikutan penahanan Ng pada 1 November di Malaysia.
Amar bagaimanapun tidak menolak penghantaran lebih awal Ng kembali ke AS sekiranya proses ekstradisi lengkap dan teratur.
“Kami membantu Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).
“DoJ perlu lengkapkan semua dokumentasi dan urusan yang diperlukan berhubung proses ekstradisi dalam tempoh 60 hari,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Sri Hartamas hari ini. – 14 November, 2018
Komen