PRESIDEN Donald Trump melantik seorang jeneral kanan Amerika Syarikat (AS) yang pernah berkhidmat di perang Iraq dan menyambung pengajian di Timur Tengah, sebagai duta ke Arab Saudi, ketika ketegangan antara dua negara itu semakin parah.
John Abizaid yang fasih berbahasa Arab, berketurunan Kristian Lubnan yang mengetuai pusat perintah AS yang termasuk Timur Tengah – ketika perang Iraq, tidak lama selepas pencerobohan AS dari 2003-2007.
Beliau yang berusia 67 tahun menulis tesis sarjananya mengenai Arab Saudi di Universiti Harvard, mengkaji bagaimana negara itu membuat keputusan berkenaan perbelanjaan pertahanan, dan kertas kerjanya itu mendapat pengiktirafan.
Berasal dari California, Abizaid tamat pengajian di Akademi Ketenteraan AS di West Point dan kemudian menerima biasiswa untuk belajar di Jordan, dia mana beliau belajar bercakap bahasa Arab, kerana beliau tidak berbahasa Arab ketika kecil.
Trump mengambil masa dalam mengisi jawatan utama walaupun berjanji untuk mengubah Washington. Tetapi ketiadaan duta di Riyadh, selama hampir dua tahun selepas dilantik sebagai presiden, menjadikan kedua-dua negara itu semakin terpisah. – AFP, 14 November, 2018.
Komen