Serangan udara bunuh 38 orang awam di timur Syria


Sejak 2014 gabungan diketuai AS mengakui bertanggungjawab atas kematian lebih 1,100 orang awam di Syria dan Iraq, tetapi kumpulan hak asasi berkata jumlah itu sebenarnya lebih besar. – Gambar fail EPA, 14 November, 2018.

SERANGAN udara gabungan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) menyebabkan 38 terbunuh di timur Syria, kawasan tawanan kumpulan Islamic State (IS) di sempadan Iraq, menurut pemantau perang.

Mereka yang terbunuh di perkampungan Al-Shaafa pada Ahad termasuk 32 penduduk biasa yang juga ahli keluarga IS, kata Pemantau Hak Asasi Syria.

Seramai 13 kanak-kanak turut terkorban.

“Serangan itu menyasarkan rumah IS di Al-Shaafa,” kata ketua badan pemantau itu, Rami Abdel Rahman.

Mayat tidak dapat dikeluarkan lebih awal kerana serangan masih berlaku, katanya.

Jurucakap gabungan itu tidak memberi komen serta-merta, tetapi sebelum ini berkata ia akan menyiasat sebarang dakwaan orang awam yang terbunuh.

IS menawan sebahagian besar Syria dan negara berjiran Iraq pada 2014, mendakwa sebagai “khalifah” di tanah yang dikawalnya.

Sejak 2014 gabungan diketuai AS mengakui bertanggungjawab atas kematian lebih 1,100 orang awam di Syria dan Iraq, tetapi kumpulan hak asasi berkata jumlah itu sebenarnya lebih besar.

Perang Syria menyebabkan 360,000 orang terbunuh sejak ia bermula pada 2011 dengan penindasan ganas oleh penunjuk perasaan anti kerajaan. – AFP, 14 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen