9 pelajar maut asrama sekolah terbakar di Uganda


Kebakaran asrama di Uganda disyaki dicetuskan dengan sengaja oleh sekumpulan pelajar dibuang sekolah beberapa hari sebelum itu kerana masalah disiplin. – Gambar EPA, 13 November, 2018.

SEMBILAN pelajar lelaki maut dalam insiden asrama sebuah sekolah menengah di selatan Uganda terbakar pada awal pagi Isnin, kata polis.

Jurucakap polis Patrick Onyango berkata kebakaran itu berlaku di asrama yang menempatkan kira-kira 130 pelajar Sekolah Menengah St Bernard Maya di sebuah daerah berhampiran sempadan Tanzania.

Beliau mengesyaki kebakaran itu dicetuskan dengan sengaja oleh sekumpulan pelajar yang dibuang sekolah beberapa hari sebelum itu kerana masalah disiplin.

Beberapa pelajar yang cedera dalam insiden itu telah dikejarkan ke pusat kesihatan berhampiran namun Onyango berkata beliau belum memperoleh jumlah mangsa yang tepat.

Satu kebakaran di sebuah sekolah rendah berprestij yang terletak berhampiran ibu kota Kampala pada April 2008 meragut sekurang-kurangnya 21 nyawa dan punca kebakaran masih tidak dapat ditentukan secara konklusif. – Bernama, 13 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen