Muhyiddin tidak tahu ada rombakan Kabinet


Asila Jalil

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak tahu tentang sebarang rancangan rombakan Kabinet. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 November, 2018.

MUHYIDDIN Yassin berkata beliau tidak tahu tentang sebarang rancangan rombakan Kabinet.

Menteri dalam negeri itu berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu dan berkata soalan itu sepatutnya ditujukan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak tahu tentang itu, saya tidak sesuai untuk komen. Anda perlu tanya perdana menteri jika ia benar atau tidak.

“Tetapi setahu saya, tidak ada perancangan seperti itu,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Ada cakap-cakap bahawa Dr Mahathir mungkin membuat rombakan Kabinet hujung tahun ini. – 13 November, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen