KOREA Utara menguruskan sekurang-kurangnya 13 pangkalan yang tidak diisytiharkan untuk menyembunyikan kenderaan dan senjata nuklear, menurut satu kajian yang didedahkan semalam, mencetuskan keraguan baru berhubung inisiatif dasar luar yang ditandatangani Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Trump menguar-uarkan sidang kemuncaknya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Jun sebagai membuka laluan kepada menghentikan nuklear di semenanjung berpecah itu, mengurangkan ketegangan kurang setahun lalu yang membawa kedua-dua negara dalam konflik.
Sejak sidang di Singapura, Korea Utara menghentikan ujian nuklear dan senjata, menutup tapak ujian senjata dan berjanji untuk meruntuhkan kompleks utama nuklear negara itu.
Tetapi penyelidik di Pusat Strategik dan Pengajian Antarabangsa di Washington berkata mereka mengesan 13 pangkalan operasi senjata yang tidak diisytiharkan oleh kerajaan itu, dan mungkin ada sehingga 20 pangkalan seperti itu.
“Pangkalan itu tidak kelihatan seperti dihentikan operasi,” kata Victor Cha, yang mengetuai program Korea Utara CSIS, kepada The New York Times. – AFP, 13 November, 2018.
Komen