MENTERI Luar Britain Jeremy Hunt mengadakan perbincangan dengan raja Arab Saudi dan putera mahkota, lapor media tempatan, ketika Britain terus memberi tekanan kepada kerajaan Arab berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi dan perang Yaman yang semakin tegang.
Hunt membincangkan tentang “perkembangan terkini di rantau itu” dengan Raja Salman, 82, dan kemudian perbincangan berasingan dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, lapor Agensi Media Saudi.
Kunjungan itu diadakan ketika Arab Saudi berdepan kritikan antarabangsa susulan pembunuhan Khashoggi yang sering mengkritik kepimpinan negara itu, di konsulatnya di Istanbul pada 2 Oktober.
Menjelang kunjungan itu, yang termasuk lawatan ke Emiriyah Arab Bersatu, Hunt berkata masyarakat antarabangsa bersepakat bahawa pembunuhan Khashoggi sangat menakutkan dan melampau.
“Ia sangat tidak boleh diterima dan apa yang berlaku di sebalik pembunuhan itu masih tidak jelas.
“Kami menggalakkan pihak berkuasa Arab Saudi untuk bekerjasama dengan siasatan Turki tentang kematian itu, supaya keadilan dapat diberikan kepada keluarga masa dan dunia sedang memerhati.” – AFP, 13 November, 2018.
Komen