ANGKA kematian kebakaran hutan California mencecah kepada 29 orang, iaitu yang terburuk dalam sejarah kebakaran di negeri itu pada Isnin yang diburukkan lagi dengan tipuan angin kencang.
Kebakaran di kawasan kaki bukit pergunungan Nevada di utara Sacramento merupakan yang paling memusnahkan dan teruk berbanding beberapa kebakaran yang pernah berlaku sebelum ini.
Ia memaksa 250,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing di kawasan yang menempatkan 6,400 buah rumah di bandar Paradise.
Syerif Butte County, Kory Hinea mengumumkan angka kematian baharu pada sidang media Ahad lalu, dan menambah kesemua mangsa ditemukan di kawasan Paradise.
Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh di zzon kebakaran di utara dan selatan California, yang mana kepulan asap menyelubungi ruang udara dan dapat dilihat dari jarak jauh.
Kawasan berkenaan turut dipenuhi rangka kenderaan yang terbakar, sementara kediaman penduduk juga hanya tinggal serpihan dinding dan tiang. – AFP, 12 November, 2018
Komen