Bajet Pakatan untuk golongan kaya, kata Khairy


Chan Kok Leong

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mendakwa Belanjawan 2019 dibentangkan kerajaan tidak mengambil kira golongan miskin dan luar bandar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 12 November, 2018.

BAJET pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi tumpuan kepada masyarakat bandar dan meminggirkan kumpulan penting lain seperti penduduk luar bandar, kata Khairy Jamaluddin.

“Bajet ini menggalakkan pasaran bebas, disasarkan kepada orang kaya, bertujuan untuk menswastakan segala-galanya dan melupakan rakyat Malaysia di luar bandar.

Tiada konteks untuk membantu golongan miskin dan luar bandar,” kata ahli Parlimen Rembau, yang membahaskan Belanjawan 2019 di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Belanjawan 2019 adalah hasil daripada manifesto pilihan raya yang tidak dipenuhi dan gagal menangani isu rakyat Malaysia di luar bandar.

“Saya faham kebanyakan pengundi PH tinggal di Kuala Lumpur tetapi ini adalah bajet untuk negara bukan Kuala Lumpur sahaja. Oleh itu, janganlah menghukum mereka yang tinggal di luar bandar.

“Oleh itu, saya menolak bajet ini,” kata Khairy pada akhir perbahasan selama sejam.

Antara contoh diberikannya untuk mempertahankan dakwaannya yang bajet itu memberi tumpuan kepada bandar adalah kurangnya untuk nelayan, penoreh getah dan pekebun kecil semasa monsun dan musim tengkujuh, program latihan untuk mereka atau dasar berkenaan peneroka Felda.

Ahli Parlimen selama tiga penggal itu berkata Bajet 2019 adalah “salin-tampal, penjenamaan semula dan kesinambungan” dasar Barisan Nasional. – 12 November, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen