11 juta kanak-kanak dijangka maut akibat pneumonia pada 2030


Lebih 880,000 kanak-kanak, kebanyakannya berusia di bawah dua tahun, meninggal dunia akibat radang paru-paru pada 2016. – Gambar EPA, 12 November, 2018.

PNEUMONIA dijangka menyebabkan hampir 11 juta kanak-kanak berusia di bawah lima tahun maut pada 2030, pakar memberi amaran hari ini.

Walaupun di dunia maju, jangkitan paru-paru kebiasaannya berlaku kepada orang dewasa, di negara membangun, kanak-kanak adalah pihak yang menanggung beban, dengan ratusan ribu mati setiap tahun akibat penyakit yang mudah dicegah.

Lebih 880,000 kanak-kanak - kebanyakannya berusia di bawah dua tahun - meninggal dunia akibat radang paru-paru pada 2016.

Satu analisis baru oleh Universiti John Hopkins dan kumpulan bantuan Save the Children, menggunakan ramalan berdasarkan trend semasa, menunjukkan lebih 10,800,000 kanak-kanak berusia di bawah lima tahun akat maut akibat penyakit itu pada akhir dekad akan datang.

Selain itu, beberapa negara bersedia dengan bilangan korban tertinggi, dengan 1.7 juta kanak-kanak di Nigeria dan India, 700,000 di Pakistan dan 635,000 di Republik Demokratik Congo.

Namun, terdapat beberapa berita baik.

Kajian yang diterbitkan pada Hari Pneumonia Sedunia mendapati peningkatan pemberian vaksinasi sedia ada, ditambah dengan antibiotik murah dan memastikan pemakanan yang baik untuk kanak-kanak, dapat menyelamatkan sejumlah 4.1 juta nyawa.

Pneumonia, jangkitan radang pada paru-paru yang mungkin dijangkiti melalui jangkitan virus atau bakteria, boleh dirawat jika dikesan lebih awal dan sistem imun pesakit kuat.

Tetapi di seluruh dunia, kanak-kanak kecil yang sering lemah kerana kekurangan zat makanan, membunuh lebih banyak bayi setiap tahun berbanding malaria, cirit-birit dan campak.

Kumpulan Watkins, yang mengendalikan program kesihatan di beberapa negara paling teruk dilanda penyakit itu, menyeru harga vaksin pneumonia utama diturunkan “secara dramatik”.

Tahun 2030 adalah tahun sasaran bagi Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang termasuk ikrar untuk “menamatkan kematian kanak-kanak yang boleh dicegah” menjelang akhir dekad akan datang. – AFP, 12 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen