Alibaba catat jualan AS$30 bilion Singles Day


Acara jualan beli belah dalam talian 24 jam terbesar dunia itu yang menyambut ulang tahun ke-10nya, bermula pada awal pagi Ahad dan sekali lagi memecahkan rekod sendirinya apabila pembeli China mengambil peluang promosi dan membeli semua jenis barang daripada barangan elektronik, pakaian sehinggalah peralatan rumah. – Gambar EPA, 12 November, 2018.

GERGASI perniagaan dalam taliann China mencatatkan pesanan mencecah AS$30.7 bilion semalam sempena jualan beli belah “Single’s Day”, walaupun ia berkurangan daripada tahun lepas.

Acara jualan beli belah dalam talian 24 jam terbesar dunia itu yang menyambut ulang tahun ke-10nya, bermula pada awal pagi Ahad dan sekali lagi memecahkan rekod sendirinya apabila pembeli China mengambil peluang promosi dan membeli semua jenis barang daripada barangan elektronik, pakaian sehinggalah peralatan rumah.

Jualan meningkat 27% berbanding 39% tahun lepas.

Walaupun jualan runcit di China terus berkembang, masih wujud kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi dan kesan perang perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Saham Alibaba yang naik dua kali ganda pada 2017 jatuh 16% tahun ini.

Singles Day pada mulanya adalah hari tidak rasmi untuk orang bujang di China, tetapi Alibaba menggunakannya sedekad lalu sebagai promosi beli belah serupa dengan pesta beli belah “Black Friday” di AS.

Mengambil kesempatan ke atas tren pembayaran menggunakan telefon pintar di China, ia kemudiannya terbukti menjadi kejayaan besar.

Tetapi awal bulan ini, Alibaba merendahkan semula jangkaan keuntungan penuh tahunannya, dengan alasan ketidaktentuan ekonomi.

Pegawai syarikat bagaimanapun kekal positif tentang masa depan dengan Alibaba melancarkan inisiatif baharu.

Selain mengembangkan operasi luar negara, gergasi itu juga terus melabur di China dalam “peruncitan baharu” yang memaksiumkan jualan dalam kedai dan perkhidmatan dalam talian.

Hema, sebuah kedai barangan runcit dilancarkan Alibaba pada 2015 dan salah satu kedai utama “peruncitan baharu” membenarkan pengguna untuk membeli belah dan makan dalam kedai fizikal selain memesan barangan runcit dalam talian.

“Saya fikir anda perlu faham Alibaba dan apa yang Alibaba buat dalam konteks trend jangka panjang kedua yang sedang membangun di China, yang merupakan peningkatan kelas menengah di China,” kata Naib Pengerusi Eksekutif Alibaba Joe Tsai pada majlis gala Singles Day.

“Trend ini tidak akan terhenti, ada perang perdagangan atau tidak.”– AFP, 12 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen