Korea Utara, Selatan mula operasi musnahkan pos tentera di sempadan


Proses memusnahkan pos itu dilakukan di kawasan Zon Bebas Tentera yang memisahkan kedua-dua negara selepas mengundurkan tentera dan kelengkapan perang dari kawasan tersebut. – Gambar fail EPA, 11 November, 2018.

DUA negara Korea memulakan proses memusnahkan 20 pos kawalan di sepanjang sempadan kedua-dua negara bagi meredakan ketegangan di kawasan tersebut.

Di bawah satu perjanjian yang dibuat antara jeneral tentera kedua-dua negara pada hujung Oktober, Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju untuk memusnahkan 10 pos kawalan dan hanya meletakkan satu pos sahaja di kawasan sempadan itu.

Proses memusnahkan pos itu dilakukan di kawasan Zon Bebas Tentera yang memisahkan kedua-dua negara selepas mengundurkan tentera dan kelengkapan perang dari kawasan tersebut.

Korea Selatan mempunyai 60 pos tentera di sepanjang sempadan manakala Korea Utara mempunyai 160 pos yang sama.

Hanya pos kawalan di kampung Panmunjom, dikekalkan kerana kawasan itu menyaksikan tentera kedua-dua negara berkawal secara bersemuka.

Antara perjanjian lain dicapai, dua negara Korea itu meletakkan 35 anggota tentera tanpa senjata di pos kawalan tersebut.

Langkah itu diambil sebagai usaha meredakan ketegangan antara Korea Utara dan Korea Selatan yang secara teknikalnya masih dalam peperangan kerana tiada perjanjian damai dicapai. – AFP, 11 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen