AZMIN Ali mendahului Rafizi Ramli dalam merebut jawatan timbalan presiden PKR selepas menambah kemenangan dalam fasa kedua pemilihan di Sarawak hari ini.
Keputusan tidak rasmi setakat ini jumlah terkumpul menunjukkan Azmin memperoleh 68,843 undi berbanding 63,568 undi diraih Rafizi. Azmin mendahului dengan kelebihan 5,275 undi.
Keputusan tidak termasuk Melaka dan cabang Julau di Sarawak.
Cabang yang dimenangi Azmin antaranya Mambong, Sri Aman,Stampin, Sarikei, Petra Jaya, Santubong, Mas Gading, Lubok Antu dan Sibu.
Manakala Rafizi hanya memenangi lima cabang iaitu Serian, Kapit, Sibuti, Miri dan Limbang.
Julau bagaimanapun masih digantung keputusan selepas kejadian serangan siber yang berlaku pada Sabtu.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR menggantung keputusan pemilihan di Julau, selepas sistem e-voting gagal berfungsi akibat tablet digodam.
Rafizi pula menang tipis Negeri Sembilan selepas pemilihan semula di Jelebu.
Naib presiden PKR itu mendapat 2,898 undi berbanding dan Azmin ketinggalan 15 undi.
Pemilihan semula di Jelebu dan Melaka dibuat semula selepas proses pengundian pada 20 Oktober lalu kehilangan 2,000 undi kerana masalah teknikal.
Bulan lalu, Rafizi menang di empat cabang iaitu Seremban, Rasah, Rembau dan Tampin, manakala Azmin menerima undi terbanyak di Teluk Kemang, Kuala Pilah dan Jempol. – 11 November, 2018.
Komen