Parti pembangkang utama Bangladesh umum sertai pilihan raya


Bekas perdana menteri Bangladesh, Khaleda Zia masih menjalani hukuman penjara atas kesalahan rasuah. – Gambar fail EPA, 11 November, 2018.

PARTI pembangkang utama Bangladesh tidak akan memboikot pilihan raya umum pada bulan depan dan akan mencabar kedudukan Perdana Menteri Sheikh Hasina pada pemilihan tersebut walaupun pemimpin mereka dipenjarakan.

“Kita mengumumkan bahawa kita akan menyertai pilihan raya,” kata pemimpin kanan Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) Khandaker Mosharraf Hossain hari ini.

BNP memboikot pilihan raya pada 2014, menyebabkan Hasina kembali berkuasa.

Parti itu menyuarakan kebimbangan bahawa pengundian kali ini yang berlangsung pada 32 Disember depan, akan berlangsung secara tidak demokratik dan mengancam untuk melancarkan tunjuk perasaan.

Pemimpin veteran BNP Khaleda Zia masih menjalani hukuman penjara susulan kes rasuah yang disifatkan bermotifkan politik oleh penyokongnya.

Zia, 73, juga hampir pasti diharamkan bertanding dalam pilihan raya tersebut untuk menentang musuh politiknya Hasina.

Pihak pembangkang berkata kira-kira 5,000 aktivisnya ditahan dalam operasi kerajaan baru-baru ini, sekali gus melumpuhkan peranan akar umbi parti untuk berkempen dalam pilihan raya. – AFP, 11 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen