SEORANG wanita ditahan susulan siasatan berhubung kes penemuan jarum dalam strawberi di Australia yang mencetuskan panik di seluruh negara itu.
Pada September lalu, pihak berkuasa Queenslands menawarkan ganjaran besar dan kerajaan menambah tempoh hukuman penjara bagi kesalahan meletakkan atau memasukkan jarum dalam buah-buahan yang dijual di pasar raya
Kes pertama berlaku apabila seorang lelaki dirawat di hospital selepas mengalami sakit perut kerana memakan strawberi dan kemudian lebih 100 kes yang sama berlaku di seluruh negara.
Siasatan lanjut mendapati jarum dicucuk di dalam buah tersebut dan dijual kepada orang ramai.
Polis berkata seorang wanita berusia 50 tahun ditahan tengah hari ahad selepas melakukan siasatan terhadap kes itu.
Wanita itu akan didakwa di sebuah mahkamah di Brisbane pada Isnin.
Polis tidak mendedahkan maklumat lanjut termasuk jenis pendakwaan yang akan dikenakan atau motif wanita itu melakukan perbuatan itu.
Krisis sabotaj itu menyebabkan semua pasar raya membatalkan penjualan buah-buahan itu manakala petani terpaksa membuang bertan-tan buah strawberi.
Kerajaan menaikkan tempoh hukuman kes sabotaj buah-buahan daripada 10 tahun menjadi 15 tahun. – AFP, 11 November, 2018.
Komen