4 suspek didakwa rancang serangan terhadap presiden Perancis


Suspek berusia antara 22 hingga 62 tahun didakwa mengatur serangan terhadap Presiden Perancis Emmanuel Macron. – Gambar EPA, 11 November, 2018.

EMPAT individu ditahan dan dikaitkan dengan kumpulan pelampau kanan di Perancis pada Sabtu didakwa melakukan plot menyerang Presiden Emmanuel Macron semasa upacara memperingati Perang Dunia Pertama.

Empat lelaki berusia antara 22 hingga 62 tahun muncul di depan hakim anti-keganasan di Paris dan didakwa bersekutu dengan pengganas dan pemilikan senjata.

Mereka ditangkap pada Selasa selepas seorang lelaki, yang tinggal di Perancis tenggara dan bersenjata dengan pisau, pergi ke Moselle, Perancis timur, bertemu dengan tiga suspek lain.

Pada masa itu, Macron sedang melawat tapak perang Perang Dunia Pertama berhampiran dan bertemu dengan penduduk setempat. – AFP, 11 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen