Azmin atasi Rafizi di Sarawak dalam pemilihan awal


Nabihah Hamid

Antara 13 cabang yang dimenangi Azmin adalah Kota Samarahan, Batang Sadong, Saratok dan Kanowit. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2018.

MOHAMED Azmin Ali mendahului pencabarnya Rafizi Ramli dalam pemilihan fasa pertama di Sarawak dengan perbezaan 1,350 undi setakat ini.

Angka tidak rasmi menunjukkan Azmin mendapat 2,858 undi manakala Rafizi memperolehi 1,508 undi dari 21 cabang setakat ini. 

Antara 16 cabang yang dimenangi Azmin adalah Kota Samarahan, Batang Sadong, Saratok dan Kanowit. 

Rafizi pula menang di lima cabang iaitu Serian, Kapit, Miri, Sibuti dan Limbang. 

Sementara itu keputusan cabang Julau masih digantung ekoran kes serangan siber.

Sebanyak 22 cabang menjalankan pemilihan pada hari ini dan baki di tujuh cabang akan dibuat esok. 

Jumlah terkumpul menunjukkan Azmin di hadapan dengan 63,812 undi mengatasi Rafizi yang memperoleh 59,459 undi.

Ia memberi perbezaan kecil, 4,353 undi. – 10 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen