Kebakaran hutan di California ragut 9 nyawa


Kematian dilaporkan dalam kebakaran besar di bandar Paradise di Butte County yang terletak di utara Sacramento. – Gambar EPA, 10 November, 2018.

SEMBILAN orang mati manakala beratus lagi diarahkan berpindah akibat kebakaran hutan di California pada Sabtu dan satu kebakaran merebak dengan pantas, mengancam resort Malibu yang menjadi tempat tinggal ramai bintang Hollywood.

Kematian dilaporkan dalam kebakaran besar di bandar Paradise di Butte County yang terletak di utara Sacramento. Kira-kira 6,700 bangunan ranap terbakar dan secara rasmi direkodkan kebakaran paling buruk di California.

Kebakaran yang digelar “Camp Fire” oleh pihak berkuasa itu bermula pada Khamis. Angin kencang memarakkan lagi api, membakar sehingga keluasan 90,000 ekar, kata Jabatan Bomba California pada Jumaat.

Kebakaran besar turut berlaku di sbeelah selatan California, termasuk satu di utara Los Angeles dan satu lagi di Ventura County dekat Thousand Oaks, di mana seorang veteran Marine Corps menembak mati 12 orang di sebuah bar pada malam Rabu.

Gabenor, Gavin Newsom mengisytiharkan darurat untuk memberi bantuan kepada kawasan yang terjejas.

Berpuluh-puluh orang dilaporkan hilang. – AFP, 10 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen