SEBAHAGIAN besar wang dipindahkan dari Tabung Pembangunan Sumber Manusia dan digunakan untuk membeli hartanah dan memberi faedah kewangan kepada pihak yang terpilih, kata Menteri Sumber Manusia hari ini.
“Ini dilakukan tanpa pengetahuan lembaga pengarah,” kata M Kulasegaran berhubung laporan Jawatankuasa Pemantauan Tadbir Urus HRDF di Kuala Lumpur.
Laporan itu juga menekankan bahawa wang dari HRDF digunakan untuk membayar gaji dan bonus besar kepada kakitangan terpilih, selain membeli hartanah, kata Kulasegaran.
Beliau berkata beberapa lembaga pengarah terdahulu tidak mendedahkan kepentingan peribadi mereka kepada lembaga pengarah.
“Kami akan memulakan prosiding sivil dan jenayah terhadap sesetengah daripada mereka,” katanya.
Menteri itu berkata kementeriannya juga akan menerima cadangan jawatankuasa itu untuk menghentikan pengurangan 30% levi daripada majikan kepada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia.
“Pembayaran terakhir akan berkuatkuasa 15 November dan sumbangan akhir levi pada bulan Oktober,” kata Kulasegaran.
Beliau berkata GOC telah menekankan kekurangan ketelusan dalam penggunaan levi yang dikumpulkan.
Laporan itu juga menekankan perlunya prosedur lebih ketat, penubuhan jawatankuasa program lembaga untuk mengkaji semula program latihan sedia ada, menyemak semula had kuasa ketua eksekutif dan pindaan kepada Akta PSMB 2001.
Laporan itu diikuti dengan mesyuarat townhall dengan persatuan majikan dan majikan berdaftar.
GOC diketuai oleh bekas Ketua Pengarah MITI Rebecca Fatima Sta Maria, bekas Pengarah Ernst & Young Fiona Soh, peguam Fahri Azzat, Akauntan S Dhamodaran dan bekas wartawan R Nadeswaran. – 10 November, 2018
Komen