Trump lancar operasi buru pendatang dari Amerika Tengah 


Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggunakan kuasa darurat untuk perintah itu.– Gambar EPA, 10 November, 2018

AMERIKA Syarikat pada Jumaat melancarkan dasar secara menolak permohonaan suaka politik pendatang yang menyeberangi sempadan Mexico secara haram bagi menghalang kemasukan migran dari Amerika Tengah dan memaksa Mexico untuk menguruskan mereka. 

Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif yang bertujuan untuk menghentikan kemasukan pendatang yang ingin menyeberang ke Amerika Syarikat tanpa kebenaran, kebanyakan mereka meminta suaka kerana keganasan di negara asal mereka.

“Kemasukan pendatang haram yang berterusan dan tanpa asas untuk melalui sempadan menambahkan krisis dan melemahkan integriti sempadan kita,” kata Trump dalam arahan itu. 

Trump menggunakan kuasa darurat untuk perintah itu, yang mana pengkritik mengatakan ia melanggar undang-undang antarabangsa yang melindungi pencari suaka.

Badan hak asasi manusia PBB, UNHCR mengkritik Washington kerana tidak memenuhi kewajipannya untuk membantu pelarian. 

“UNHCR menjangkakan semua negara termasuk Amerika Syarikat untuk memastikan mana-mana individu yang memerlukan perlindungan pelarian dan bantuan kemanusiaan mampu menerima tanpa sebarang halangan,” katanya.

Agensi yang berpangkalan di Geneva itu berkata, Amerika Syarikat memaksa pendatang beralih kepada penyeludup manusia untuk menyeberangi sempadan secara haram. 

“Banyak keluarga pencari suaka memilih langkah terdesak ini tidak cuba untuk mengelak daripada pihak berkuasa sempadan,” katanya. – AFP, 10 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen