AMERIKA Syarikat akan menghentikan pengisian minyak daripada pakatan yang diketuai Arab Saudi yang mengebom Yaman, lapor Washington Post.
Langkah itu diambil selepas gesaan pihak antarabangsa berhubung tindakan Arab Saudi di Yaman, terutamanya selepas serangan pakatan itu yang menyebabkan ramai orang awam yang kebanyakannnya kanak-kanak terbunuh.
Pentagon bagaimanapun tidak mengesahkan laporan itu.
“Kami akan meneruskan perbincangan dengan Arab Saudi. Tiada apa yang hendak dilaporkan ketika ini,” kata jurucakap Pentagon Komander Rebecca Rebarich.
Setaiusaha Pertahanan Jim Mattis pada Ogos memberi amaran sokongan AS terhadap pakatan itu “tidak bersyarat”, dan menyatakan ia perlu melakukan “semua dengan kemanusiaan bagi mengelakkan kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah.”
Ketika ini, Pentagon menyediakan kemudahan pengisian minyak kira-kira 20% pesawat pengangkut pakatan itu ke Yaman.
Bulan lalu, Mattis membuat gesaan mengejut untuk gencatan senjata di Yaman dan menggesa pihak terbabit ke meja rundingan dalam tempoh 30 hari akan datang.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagaimanapun menganjakkan tarikh akhir itu ke akhir tahun.
Arab Saudi dan sekutunya bertindak campur tangan dalam konflik antara Presiden Yaman Abedrabbo Mansour Hadi, yang kerajaannya diiktiraf oleh PBB dengan pemberontak Huthi pada 2015.
Hampir 10,000 orang terbunuh sejak itu dan negara berkenaan kini diancam kebuluran. – AFP, 10 November, 2018
Komen