Kes tikaman Melbourne diklasifikasi sebagai serangan pengganas


Serangan tikaman yang meragut satu nyawa di Melbourne adalah satu serangan keganasan, kata polis Australia. – Gambar EPA, 9 November, 2018.

Polis Australia pada Jumaat berkata serangan tikaman yang membawa maut di Melbourne adalah satu serangan keganasan.

Suspek yang mati dibunuh itu berasal dari Somalia dan dikenal pasti oleh agensi perisikan, dedah polis.

“Kami sekarang mengkalisifikasikannya sebagai serangan keganasan,” kata Pesuruhjaya Polis Victoria Graham Ashton sambil menambah suspek datang ke Melborne menaiki kenderaan 4X4 bersama botol-botol gas.

Penyerang yang ditembak polis itu dan kemudian mati dalam tahanan itu, dikenal pasti kerana hubungan keluarganya. Dia juga sudah berada di Autralia selama beberapa dekad.

Unit counter-terrorism memainkan peranan utama dalam siasatan tersebut.

Serangan tersebut meragut satu nyawa dan mencederakan dua yang lain.

Pegawai polis yang menangkap suspek mengalami kecederaan ringan.

Tiada ancaman berterusan berhubung serangan itu, kata Ashton. – AFP, 9 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen