BEKAS ketua menteri Sabah Musa Aman tidak hadir pembentangan belanjawan negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
DUN dijangka akan bersidang pada minggu depan dan pengkritik sudahpun bertanya apakah Musa yang merupakan Adun Sibuga akan hadir. Beliau sebelum ini tidak hadir tiga persidangan DUN.
Pada Rabu, Musa kalah dalam permohonannya diisytiharkan ketua menteri Sabah yang sah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal diisytiharkan ketua menteri yang sah.
Musa kini dihadapkan dengan 35 pertuduhan rasuah melibatkan RM250 juta berhubung konsesi balak yang diberi kepada lebih 15 syarikat antara 2004 dan 2008.
Ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Musa, Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata: “Terpulang, itu hak dia sama ada hendak hadir persidangan atau tidak.” – 9 November, 2018.
Komen