SEKURANG-KURANGNYA enam orang terbunuh dan 13 yang lain cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas dan kenderaan lain di Uttar Pradesh pada Jumaat, kata polis.
Menurut agensi berita Xinhua, nahas berlaku di Gunnaur di wilayah Sambhal, kira-kira 414 kilometer barat laut Lucknow, dipercayai berpunca daripada kabus tebal menyebabkan jarak penglihatan terhad.
Penguasa Polis Sambhal, Yamuna Prasad berkata mangsa cedera dihantar ke hospital di Moradabad.
Nahas jalan raya sering berlaku di India disebabkan lebih muatan, keadaan jalan tidak sempurna dan cuai ketika memandu.
Secara purata lebih 400 kematian akibat kemalangan jalan raya berlaku di India setiap hari. – Bernama, 9 November, 2018.
Komen