SEORANG sarjan mejar di Thailand yang dijangkiti virus HIV ditahan dan didakwa atas kesalahan merogol sekurang-kurangnya 75 remaja lelaki, selepas mengumpan mereka untuk bertemu, kata pegawai penguat kuasa kanan, hari ini.
Tentera berusia 43 tahun di wilayah Khon Kaen itu menggunakan profil palsu dalam aplikasi homoseks untuk mengajak mangsa yang berusia antara 13 hingga 18 tahun bertemunya, kata timbalan jawatan kuasa jenayah teknologi, Surachate Hakparn.
Hakparn berkata semua remaja terbabit didorong untuk menunjukkan gambar masing-masing sebelum datang dan kemudian dipaksa melakukan hubungan seks sebaik tiba dan mengetahui dia bukan lelaki seperti dalam profil.
“Kami ada bukti dia merogol semua kanak-kanak lelaki ini, semuanya kira-kira 75 orang.
“Kami ada bukti jelas dan dia sudah mengaku,” katanya, menambah suspek sudah ditahan dan dituduh, semalam.
Lelaki itu didakwa melakukan serangan seks selama empat tahun dan pihak berkuasa menerima aduan menerusi maklumat di laman Facebook jawatankuasa jenayah teknologi. – AFP, 9 November, 2018.
Komen