Ribuan penumpang terkandas, pekerja syarikat penerbangan mogok 


Sebahagian daripada penumpang pesawat Aerolineas Argentinas terkandas di lapangan terbang negara berkenaan selepas pekerja syarikat terbabit melancarkan mogok.– Gambar EPA, 9 November, 2018

PEKERJA syarikat penerbangan Aerolineas Argentinas bertindak melancarkan mogok kerana masalah kenaikan gaji menyebabkan ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang negara itu pada Khamis, kata syarikat berkenaan. 

“Tiada penerbangan. Pekerja syarikat enggan membuat penerbangan, terdapat 15,000 penumpang terkandas,” kata jurucakap syarikat terbabit Marcelo Canton. 

“Tiada pekerja yang menjalankan tugas buat masa ini. Terdapat 12,500 pekerja di syarikat ini yang mogok,” katanya. 

Syarikat penerbangan itu berkata tindakan mogok tanpa sebarang pengumuman adalah haram kerana ia telah diberi amaran tindakan.

Presiden syarikat berkenaan Mauricio Macri yang telah mengetuai ribuan pemotongan dalam langkah penjimatan susulan daripada hutang Tabung Kewangan Antarabangsa, meminta syarikat berkenaan untuk membuat pembiayaan kewangan sendiri. 

“Saya meminta mereka bagi pihak seluruh rakyat Argentina untuk mereka berunding dengan pihak berkuasa dan bekerjasama agar Aerolineas boleh terbang semula secepat mungkin tanpa meminta wang daripada negara, sesuatu yang telah dicapai oleh majoriti syarikat penerbangan dunia,” kata Macri. – AFP, 9 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen