AS sekat pemberian suaka kepada pendatang haram 


Pendatang dari negara luar memasuki negara AS secara haram bagi mencari suaka politik. – Gambar EPA, 9 November, 2018

AMERIKA Syarikat tidak lagi memberikan suaka kepada mereka yang memasuki negara berkenaan secara haram, kata pegawai pada Khamis, dan mengumumkan operasi imgresen baharu terhadap pendatang. 

Sekatan terhadap pemberian suaka itu adalah sebagai usaha untuk menangani apa yang disebut oleh pegawai kanan pentadbiran “pencabulan sistem imigresen” di sepanjang sempadan dengan Mexico.

Peraturan baharu itu dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan dijangka akan mendapatkan tandatangan Presiden Donald Trump tidak lama lagi—serta cabaran di mahkamah. 

Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) mengatakan bahawa hak untuk memohon suaka harus diberikan kepada siapa saja yang memasuki negara ini, tidak kira di mana mereka berada.

“Undang-undang AS secara spesifik membenarkan individu memohon suaka sama ada mereka dihalang atau tidak memasuki negara ini. Ia adalah menyalahi undang-undang untuk menghalangnya oleh agensi atau keputusan presiden,” kata ACLU.

Tetapi mengikut peraturan baru, Trump mempunyai kuasa untuk menyekat pendatang haram “sekiranya beliau menentukan ia berada dalam kepentingan nasional”. – AFP, 9 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen