PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro pada Rabu mengumumkan pelantikan anggota Kongres wanita, Tereza Cristina Dias sebagai menteri pertanian yang baharu, lapor agensi berita Xinhua.
Dias, dari negeri Mato Grosso do Sul, adalah anggota Kabinet wanita pertama diumumkan oleh Bolsonaro dan wanita kedua yang pernah menerajui kementerian itu.
Pengumuman dibuat selepas mesyuarat pasukan peralihan.
Negeri kelahiran Dias mencatatkan kemajuan yang kukuh dalan sektor agro-perniagaan.
Setakat ini, Bolsonaro mengumumkan nama empat anggota kabinet, termasuk Paulo Guedes, yang akan menerajui Kementerian Ekonomi. – Bernama, 8 November, 2018.
Komen