Badan amal Australia mungkin digunakan untuk biaya keganasan


Bank Komanwel Australia (CBA), bank terbesar di negara itu, pada 2017 didenda 700 juta dolar Australia (AS$509) kerana melanggar undang-undang anti pengubahan wang haram. Terdapat kemungkinan besar organisasi bukan keuntungan Australia (NPO) digunakan pengubahan wang haram, sebelum ia disalurkan ke organisasi pengganas seperti Daesh. – Gambar AFP, 8 November, 2018.

BADAN amal Australia mungkin telah digunakan untuk membiayai keganasan, demikian amaran pihak berkuasa anti pengubahan wang haram pada Khamis, lapor Xinhua.

Ia berdasarkan hasil Laporan dan Pusat Analisis Transaksi Australia (AUSTRAC) yang dikeluarkan pada Rabu.

Timbalan ketua AUSTRAC, Chris Collett, berkata terdapat kemungkinan besar organisasi bukan keuntungan Australia (NPO) digunakan pengubahan wang haram, sebelum ia disalurkan ke organisasi pengganas seperti Daesh. 

“AUSTRAC prihatin perkara itu yang mungkin menyebabkan sistem kewangan Australia dieksploitasi penjenayah atau pengganas,” katanya kepada News Corp Australia pada Khamis.

Bank Komanwel Australia (CBA), bank terbesar di negara itu, pada 2017 didenda 700 juta dolar Australia (AS$509) kerana melanggar undang-undang anti pengubahan wang haram.

Menurut laporan itu lagi, satu badan amal mempunyai kaitan dengan organisasi keagamaan yang sedang disiasat oleh AUSTRAC, selepas gagal memberikan penjelasan mengenai  dana mereka.

Kebanyakan NPO juga ditubuhkan bagi “menyokong etnik atau agama tertentu”. – Bernama, 8 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen