KOREA Selatan akan menghantar sebuah pesawat kargo tentera sekali lagi minggu ini ke Indonesia yang kini bergelut untuk pulih daripada kemusnahan akibat bencana gempa bumi dan tsunami, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian luar pada Khamis.
Pesawat tersebut dijangka berlepas ke negara Asia Tenggara itu pada Jumaat atas permintaan kerajaan Indonesia, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar.
Satu pasukan 28 anggota akan dihantar untuk mengendali pesawat itu sehingga 30 November.
Dua pesawat jenis C-130 Hercules milik Angkatan Udara Korea Selatan mengadakan misi kemanusiaan bagi mengangkut barangan bantuan yang berjumlah 209 tan, berada di Indonesia dari 8 hingga 26 Oktober.
Barangan itu termasuk air minuman, khemah, peralatan perubatan dan penjana kecemasan. – Bernama, 8 November, 2018.
Komen