WHITE House hari ini menggantung pas media untuk seorang wartawan CNN yang beberapa jam sebelum itu terbabit dalam konfrontasi dengan Donald Trump pada satu sidang akhbar.
“White House menggantung pas wartawan terbabit,” kata jurucakap White House Sarah Sanders, merujuk kepada wartawan CNN Jim Acosta, yang kemudian menerusi Twitter berkata beliau dihalang masuk ke White House.
Terdahulu Trump yang berang melabel Acosta sebagai “musuh rakyat” di televisyen nasional, selepas wartawan itu enggan mematuhi perintah presiden supaya duduk dan menyerahkan mikrofon itu pada sidang akhbar, sehari selepas pilihan raya pertengahan Amerika Syarikat. – AFP, 8 November, 2018.
Komen