ROSMAH Mansor akan memohon untuk kes pengubahan wang haramnya untuk didengar di Mahkamah Tinggi, kata peguamnya kepada pemberita hari ini.
Beliau akan memfailkan permohonan pertukaran tersebut sebelum 6 Disember, kata peguamnya Geetham Ram susulan pengurusan kes untuk 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai terhadap Rosmah.
Pengurusan kes dipengerusikan oleh hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi. Peguam yang megetuai pembelaan Rosmah, K. Kumaraendran turut mewakili beliau hari ini.
Rosmah yang hadi ke mahkamah berbaju kurung kuning, ditemani suaminya Najib Razak dan anak lelakinya Norashman Najib. Beliau bagaimanapun tidak bercakap kepada media.
Geetham mengesahkan pihak pembelaan menerima dokumen 600 muka surat yang akan digunakan oleh pihak pendakwaan sebagai bukti.
“Dokumen berkenaan tidak lengkap. Lebih banyak dokumen akan diberikan kepada kami,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah, dan menambah pihak pembelaan akan mengemaskini dengan mahkamah berhubung permohonan pertukaran itu.

Rosmah dibenarkan ikat jamin RM2 juta selepas meminta dibicarakan untuk 17 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Beliau berdepan lapan pertuduhan aktiviti pengubahan wang haram ang mana RM1 juta dipindahkan ke akaun bank miliknya di Affin Bank Bhd melalui tujuh transaksi antara 4 Disember, 2013 dan 8 Disember, 2014.
Setiap pertuduhan membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM5 juta atau kedua-duanya sekali.
Beliau turut berdepan tuduhan aktiviti pengubahan wang haram melibatkan RM6.097 juta melalui 227 transaksi antara 4 September, 2014 dan 8 Jun, 2017.
Rosmah turut didakwa dengan lima pertuduhan kerana gagal menyerahkan penyata pendapatan terhadap wang yang diterimanya, sebagaimana yang diperlukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Rosmah mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.
Bekas hakim persekutuan Gopa Sri Ram mengetuai pendakwaan. – 8 November, 2018
Komen