Formula ‘10+5’ tsunami Malaysia untuk Pakatan menang, kata DAP


Looi Sue-Chern

Lim Kit Siang dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari pada sidang media di Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Looi Sue-Chern, 15 Ogos, 2017.

SATU “tsunami rakyat Malaysia” akan melanda Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang, sekiranya Pakatan Harapan (PH) menerima undi tambahan sebanyak 10% dari orang Melayu dan 5% pengundi bukan Melayu, kata DAP.

Ketua Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang berkata yang formula “10 dan 5” mencukupi untuk PH menang di Perak, Negeri Sembilan dan Johor, serta mengekalkan negeri taklukan PH sedia ada, Pulau Pinang dan Selangor.

“Minggu lepas, saya membincangkan kemungkinan PH menang 113 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia dengan bantuan tsunami rakyat Malaysia, yang akan menghapuskan pemerintahan BN selama 60 tahun dan membenarkan kita memulakan era baru di bawah kerajaan baru.

“Tsunami rakyat Malaysia akan berlaku sekiranya 10% orang Melayu dan 5% orang bukan Melayu mengubah undi mereka daripada BN kepada PH,” kata ahli Parlimen Gelang Patah, Johor itu di Pulau Pinang hari ini.

Lim juga berkata yang pengundi perlu membuat pemisahan yang jelas antara menyokong PH dan menyokong PAS- bekas sekutu PKR dan DAP tetapi kini sedang membentuk pakatan pembangkang baru dikenali sebagai Gagasan Sejahtera dengan parti lain yang menentang PH.

Dia berkata yang walaupun PAS akan mengambil sedikit undi daripada pengundi yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN), PH masih boleh menang di kebanyakkan kerusi di Semenanjung Malaysia.

“Dalam keadaan ini, walaupun PAS memainkan peranan sebagai pemecah undi, PH tetap akan menang di kebanyakkan kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.

“PH juga akan berupaya meenang di Perak, Negeri Sembilan dan Johon selain mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor dengan majoriti lebih besar berbanding pilihan raya umum 2013,” katanya.

Bersama rakan sekutu baru, Amanah dan Bersatu yang menggantikan PAS dalam PH yang memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada 2015 dan dengan PKR pada Mei tahun ini, DAP menjangkakan PH akan menang 53% sehingga 93% kerusi negeri di lima negeri yang disebut itu.

Lim berkata PH Pulau Pinang akan menang 93% daripada 40 kerusi negeri dan BN hanya boleh menang di tiga kerusi; sementara di Selangor pula PH akan menang 89% daripada 56 kerusi berbanding BN yang hanya mampu mengekalkan enam kerusi.

Di Perak pula, yang dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU 2018 tetapi terlepas daripada genggaman selepas Krisis Perlembagaan 2009 susulan tindakan “lompat parti” tiga wakil rakyat PKR- DAP menjangkakan PH akan menang 39 kerusi daripada 59 kerusi negeri iaitu sebanyak 66%.

Jelajah 1MDB Pakatan Harapan akan diteruskan minggu ini bagi memberi penjelasan kepada rakyat tentang kaitan 1MDB dan peningkatan kos sara hidup yang membebankan.  – Gambar The Malaysian Insight oleh Looi Sue-Chern, 15 Ogos, 2017.

Sementara itu di Johor, DAP menjangkakan peluang menang di 36 kerusi (65%) daripada 56 kerusi sementara di Negeri Sembilan, 19 kerusi (53%) daripada 36 kerusi DUN.

PAS hanya mampu memperolehi 10% undi Melayu dan peratusan kecil undi bukan Melayu sekiranya tsunami rakyat Malaysia berlaku, kata Lim.

Katanya lagi, PH akan mampu membentuk kerajaan di negeri yang paling dinamik ekonominya di Semenanjung Malaysia, dan juga berupaya membentuk kerajaan persekutuan, ia akan membuka jalan kepada transformasi ekonomi dan politik sebenar di Malaysia.

“Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor sudah menerajui jalan sejak sembilan tahun lepas dengan memperkenalkan perubahan di pelbagai peringkat dan menunjukkan amalan tadbir urus yang baik.

“Dengan tambahan sekurang-kurangnya tiga negeri lagi, tidak lama pengundi di negeri lain boleh melihat perubahan ketara antara kerajaan PH dan BN,” katanya.

Menjelang pilihan raya umum akan datang, PH menggunakan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menghebahkan kepada pengundi seluruh negara yang skandal itu adalah punca peningkatan kos sara hidup, alasan disebalik pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan potongan bajet dalam pendidikan dan penjagaan kesihatan awam.

Sebelum itu, Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari mengumumkan dua ceramah 1MDB akan datang di negeri itu- yang keenam dan ketujuh sejak jelajah seluruh negara PH mensasarkan penduduk Melayu luar bandar bermula sejak bulan lepas.

Jumaat ini ceramah akan diadakan di Tanah Lapang Kota Giam, Jalan Kota Giam dibelakang Public Bank Jelutong pada jam 9 malam.

Penceramah terdiri daripada Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua, Naib Presiden Amanah Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang Lim Swee Khim, Ketua Perhubungan PKR Pulau Pinang Ahmad Farid Md Arshad dan Ahli Jawatankuasa Bersatu Pulau Pinang Mohamad Kamal Fairos Mohamad Ibrahim.

Ceramah 1MDB seterusnya akan diadakan pada Sabtu ini jam 9 malam di Dewan Muhibah Merbau Kudung (bersebelahan Masjid al-Marbawi) di Sungai Dua, Tasek Gelugor.

Selain Pua-yang kini dianggap pakar 1MDB dalam PH- penceramah lain ialah Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Pengerusi Bersatu Pulau Pinang Shariff Omar, Ketua Pemuda Amanah Mohd Sani Hamzan dan bekas pegawai tentera udara Mejar Zaidi Ahmad yang merupakan pegawai maklumat Ketua Menteri Lim Guan Eng. – 15 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen