Bekas pegawai bank AS dipenjara kerana tipu pelanggan


SEORANG bekas pegawai pelaburan di sebuah bank Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah atas tuduhan memperdaya dan menipu ketika menjalankan urus niaga jual beli komoditi.   

John Edmonds, 36, dari Brooklyn, New York, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu selama hampir tujuh tahun, menurut Jabatan Kehakiman AS pada Selasa. 

Agensi berita Xinhua melaporkan, Edmonds mengaku bersekongkol dengan pedagang lain memanipulasi pasaran pelbagai jenis kontrak niaga hadapan, antara tahun 2009 hingga 2015.

Walaupun nama bank tidak didedahkan, namun berdasarkan laporan beberapa media AS, Edmonds dipercayai bekerja dengan bank terkenal J. P. Morgan dari 2004 hingga 2017.

Menurut Penolong Peguam Negara Bahagian Jenayah di Jabatan Kehakiman Brian A. Benczkowski, selama bertahun-tahun, Edmonds terlibat dalam satu skim untuk memanipulasi pasaran kontrak niaga hadapan komoditi logam bagi meraih keuntungan sendiri. – Bernama, 7 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen