Tempoh pencarian mayat nahas Lion Air dilanjutkan


Pasukan mencari dan menyelamat masih gagal alat perakam suara kokpit pesawat Lion Air JT610. – Gambar fail AFP, 7 November, 2018.

INDONESIA melanjutkan tempoh operasi pencarian selama tiga hari bagi mencari mayat mangsa nahas Lion Air, ketika pihak berkuasa negara itu berdepan kesukaran mengenalpasti mangsa insiden itu.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Jakarta ke bandar Pangkal Pinang di pulau Sumatera itu terhempas ke laut, menyebabkan kesemua 189 penumpang dan krew terbunuh.

Pasukan penyelamat telah menemaukan kira-kira 186 mayat setakat ini tetapi hanya 44 daripadanya telah dikenalpasti, kata ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia Muhammd Syaugi.

Katanya tentera laut, polis dan sukarelawan turut terlibat dalam misi pencarian itu akan menghentikan tugas mereka.

Setakat ini, peasukan penyelam berjaya mengeluarkan enjin pesawat, gear pendaratan dan dua kotak hitam yang merupakan perakam data penerbangan, tetapi masih mencari perakam suara kokpit.

Laporan awal berhubung punca kejadian itu dijangka disiarkan pada hujung bulan ini.

Isnin lalu, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia berkata maklumat perakam data penerbangan setakat ini menunjukkan alat pengesan kelajuan udara pesawat itu tidak berfungsi dengan baik dalam empat penerbangan sebelum itu, termasuk ketika nahas berlaku.

Penerbangan JT610 dikatakan melonjak secara mendadak sebelum kehilangan altitud dan dan hilang dari radar selepas beberapa minit berlepas. – AFP, 7 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen