TIGA anggota polis terbunuh selepas militan Taliban melakukan serang hendap di daerah Jaghori di wilayah Ghazni, Afghanistan pada Rabu.
Jurucakap kerajaan wilayah, Aref Nuri berkata, militan Taliban melancarkan serangan ke atas pos pemeriksaan keselamatan di kawasan Anguri di daerah Jaghori, sebuah wilayah yang sebelum ini aman.
“Setakat ini, tiga anggota polis maut dan lima lagi cedera,” kata Nuri kepada agensi berita Xinhua. – Bernama, 7 November, 2018.
Komen